Sunday, January 29, 2012

2012 Gunung Datuk

Posted by erinnaza at 1/29/2012 12:47:00 AM 0 comments

Gunung Datuk / Datok

Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Ketinggian: 711 meter (2,332 kaki)
Ibu tak berapa nak sihat sehari 2 ni.. psstt (penyakit org perempuan la kan).. tapi Gunung Datuk punyer hal, ibu gagahkan juga la bangun seawal 5:30pg di pagi Sabtu, susukan imelda, siap2.. bertolak dari rumah jam 6.30pagi. 

Bukan ibu ngan ayah je ada, tp bewan n SIL pun join sekali. ibu mkn telor rebus 3/4 masak + segelas air susu. Loya je rasa. tapi, ibu positif sangat yang ibu akan ok bile sampai sana. 

Shopping di petronas.. air + energy bars (alhamdulillah.. the energy bars seriously worked to boost ibu nyer energy, tau). Lalu kat kawasan nama BONGEK.. hihiih kelakar. tak jauh lepas tuh kami sampai la di Hutan Lipur Gunung Datuk, di mana kami memulakan pendakian.

Loya yang dari rumah.. mmg takde harapan nak baik dengan sendiri nye. Dengan ibu sendiri tak berstamina.. jarang2 bersenam tetiba, buat sesuatu yang agak extreme mcm ni. Pergh. i tell you, it was so bad esp in the beginning of the hiking. "abg.. ayg rs nak muntah. kat mana tempat paling sesuai nak muntah?". Ayah replied: " kat sini mana ada Petronas.. ". Uwekk ibu muntah dah. Baru 40 minit. Tapi lepas muntah tuh, yang td ibu rasa bergoyang-goyang jek.. dah jd statik. hihi.. tak lama lepas tuh, giler lapar. time tuh la ibu test energy bar tuh!. alhamdulillah.. ye.. mmg ibu slow.. 3 jam baru sampai puncak. ahhaha.. tp atleast, ibu yang siput ni, berjaya juga menyahut cabaran!
Baru nak start ni.. Berseri lagi muka.. :D

Ibu and the rombongan.. 1/2 lagi dah jauh ke depan.. 


ibu dah muntah dah time ni.. tapi.. kene senyum... nnti x dpt +ve energy.. :D

Talking to ayah: "abg.. ayg nak balik.. huhuhuh"



Finally!.. I DID IT! Baru sampai puncak. lega.. terharu.. time ni rasa mcm, ya Allah, aku boleh jugak buat.. rupanya..     (sbb niat utk patah balik tuh, ibu rasa lebih 5 kali.. hihihih)

Membebaskan haba di kaki. Panas giler..!

me and hubby.. 


Ramai sgt org yang mendaki Gunung Datuk time ibu n gang mendaki.. Kumpulan tentera, Sekolah Swasta.. ermm Geng Bas Sekolah.. aik.. takde la. tapi penuh puncak Gunung yang tak seberapa besar, tuh


Kene Q tau nak naik.. So, ibu mmg xde mood nak Q-ing , lenkali jek la naik atas tuh. tunggu time org tak ramai..:D

 Ibu soh ayah je naik join kawan2 ayah untuk utk capture scenery dari atas batu. 


abg.. u, cool giler! ilebiu la..

Tengoklah kami bergambar dengan sape... psst: Malu kot, kalau ibu yang muda bertenaga ni, tak lepas nak sampai puncak gunung ni.

Otw turun, ibu dah melepek.. muka pun dah busyukk!

Kalau la ada escalator, kan best!


Tips: Sila jaga kesihatan.. amalkan gaya hidup sihat.. Kan best kalau ibu mendaki Gunung Datuk ni dengan bdan yang lebih ringan. Mesti sekejap je dah selesai.

Untuk rekod: Daki = 3 jam, Turun = 2 jam

Friday, January 27, 2012

TEH TARIK satu!!!

Posted by erinnaza at 1/27/2012 11:51:00 PM 0 comments
Bila ibu imbau semula time mula2 kawin dengan ayah dulu.. geli hati! ibu, jawa johor.. ayah... terengganu + pahang.. tp cara makan, mmg dah pure Negeri 9. ermm bayangkan lah, ibu yang berlatar belakang kan makanan bersup, masak kicap, kalau nak pedas, asam pedas.. (cili padi hanya untuk buat sambal kicap je. sambal belacan guna cili merah besar).. so mmg tak berapa nak pedas. tetiba masuk dlm fml ayah, amekkkau! gulai guna 50 biji cili padi?%^&. giler ape? first time makan gulai MIL mcm kene resdung.. runny nose & merah kegatalan 1 muka.. but now, the hotness is acceptable.

Itu dulu la.. sekarang ni, ibu pun kalau start menggulai, tak sah kalau tak pedas. tapi ibu mkn sikit jek. ayah yang makan byk. Bab minum plak, ibu minum teh o and milo... ayah TEh and TEH!.. ayamak! buat teh pun ibu tak pandai tau, dulu.

Masa bercinta, ayah yang tolong ajar buat teh. Bila dah kawin, ayah siap belikan Mug khas utk teh ayah. Meh jom tgk mcm mana ibu  buat teh SETIAP malam (except kalau kami keluar shopping or tgk wayang - blk for sure dah gelap gelita.. mata pun dah tak boleh nak bukak!)

Ibu rebus sesudu teh, dengan secawan air.. agak2 jek. dulu mmg ibu kene guna cawan teh ayah utk sukat air. hihihi. Biar mendididh sekejap, buat dek jek. sambil2 buat keje lain.



ayah yang ajar ni, ayah kate, kat kedai mamak, dorang dh tau dah susu kene letak bape portion dengan air  n teh. mamak tuh, siap tak payah nak rasa2 lagi.. Sampai skang ibu still kene rasa atleast 2 kali, baru boleh serve kat ayah.

tara.. selepas di tarik. inilah uniform air teh ayah setiap mlm, pagi, and bile-bile masa saje ayah request.

// piring oren tuh, ada lagi 3. kalau the two bugs ada, dorang akan Q minta ayah sikit air teh, n minum gune piring tuh. (sbb everytime air teh di serve, for sure masih panas n fresh from kitchen..)


Sebulan Sekali Punyer Shopping.

Posted by erinnaza at 1/27/2012 02:26:00 PM 0 comments
Haihhhh.. mengeluh panjang ibu nak share entry kali ni. Ujung minggu ni ibu n ayah ada program mendaki bukit (activity ibu utk menggeletek lemak yang di sini sana ni..hhihii). So, we did the shopping tgh2 minggu. Mcm biasa.. kat handphone kene ada list to buy.. tetapkan matlamat dan tujuan, kene beli semua barang. kalau tak, nak repeat shopping mungkin lagi 10 hari (kene tunggu ujung minggu lagi satu).

Barang2 asas je pun kami beli.. tapi time bayar.. OMG, almost RM600. ermm baru anak 3 ni.. Semua ni barang2 kering.. ibu suke beli kat Giant. murah n convenient kot. Barang2 basah.. ibu suke beli kat pasar.. segar.. ( biasa nyer ayah yang beli.. ibu berdiri kat tepi2 jek.. hehehe). Tapi bab pilih sayur kat pasar.. sila la bg ibu buat.. :D

Nak tgk la sikit ape yang ibu dah sambar semalam...


Ha.. tgk tuh. tgk betul2.. ada sweet corn! kakak qiesya suka makan nasi goreng jagung.. 
Fries.. and nugget.. wajib! sedap di makan bila2 masa.. tak kira pagi , petang , siang atau malam




Yang dlm tin kecil tuh, yeast. Ibu berangan nak buat pau goreng utk ayah. entah bile ntah nak buat.. :D
Biskut Hup Seng.. Tolong la pakcik Hup Seng, jgn tutup kilang. ibu sgt2 suka makan biskut tuh cicah teo o panas (actually, cicah kopi o lagi sedap.. )


Ujung belah kiri tuh, bun utk home made burger. The bugs (except the baby la) kalau hidang burger tak payah nak paksa makan. Cut the burger into pieces .. licin la dorang makan sambil tgk dora the explorer.


Penuh meja makan ibu, kan... tuh tak termasuk 2 bundles of diapers size M and XL .. erm bila la adelia ni nak stop pakai diapers.. jimat sikit ibu.. :D


Hari ahad nanti, tinggal pegi pasar basah jek, utk top up barang2 basah dlm peti...

Tips: Make sure, u buy the things that you need ONLY!, not the things that you want.. (Chaiyokk!)

Tuesday, January 24, 2012

Ulaman segar dari ladang

Posted by erinnaza at 1/24/2012 07:58:00 PM 0 comments
Cuti raya cine baru ni, ibu and family balik johor. Ada 2 kenduri kawin yang nak kene g. Macam biasa, setiap kali balik kg, bibik akan pusing2 semak samun tepi rumah tokpa tuh. tapi mcm biasa, hasilnya tak sia-sia.

Terung, bunga kantan, pucuk betik, bunga betik & terung telunjuk.

Tips: 
1. Pucuk betik ibu rebus dengan asam jawa. (asam jawa boleh hilangkan rasa pahit daun betik tuh)
2. Batang betik, buang kulit luar die, patah2kan lebih kurang 2 cm. (makan jek mcm tuh.. kruk kruk.. menyelerakan tau.)
3. Bunga betik, pucuk ubi direbus, kemudian 2-2 tuh, masak tumis berlada.. yummm.
4. Kalau terung purple tuh, masak dengan sambal ikan bilis la..kan.
5. Bunga kantan (penambah aroma asam pedas, ibu suka juga racik n tumis untuk nasi goreng).



Limau sambal, cili padi, cili hantu
Yang ni la yang paling best. kalau takde ni, time makan ayah muncung boleh sangkut senduk.. :D buat sambal belacan.. perghhh.

Tips: 
Nak buat sambal belacan: Cili padi, bawang kecil, belacan, kalau ade buah tomato.. boleh letak sekali : semua bahan, di goreng garing.. then, tumbuk lumat. dah siap perah limau.. TERANGKAT uoollss..

Puding Sagu

Posted by erinnaza at 1/24/2012 05:33:00 PM 0 comments
Dua tiga minggu ni.. ibu asyik la terliur2 , terkenang2 kan si biji sagu yang berendam mandi susu. stp kali nak buat, tgk kiri kanan.. ala takde kawan nak makan. kalau buat, nnti ayah makan secawan jek, yang sedulang ibu plak kene abiskan..

Tunggu punye tunggu masa yang sesuai, ibu pun plan nak buat time blk kg rumah tokpa. berbunga2 btl. terkenangkan adik2 yang mmg tak kenal byk jenis mkanan. blk2 asam pedas.. kicap.. yang selalu jadi sebutan.

Ibu minta ayah g beli sagu (biji) and susu cair satu tin. Kalau ikut resepi sebenar kene guna pati santan. tapi, ssh kan nak cari kelapa.. zaman skang ni, lagi senang guna susu air. tambahan pula, susu ni kurang sikit kolestrol (tapi kalau makan byk sebesen.. sama jek la kan.. ? ihhiihh)

Meh ibu ajar mcm mana nak buat puding sagu ni:

Ibu guna-
1) Semangkuk sagu biji.
2) 2 mangkuk air   ** guna mangkuk yang sama utk sukat sagu tuh tau
3) gula pasir
4) pewarna merah ros

--- rendam sagu dengan 1 mangkuk air. (15 min pon dah ok dah.)
--- pastu, tambah 1 mangkuk air lagi, tambah gula, then tenggek atas api. (kacau2 - time kacau ni, ibu buli adik bongsu ibu.. soh la die kacau sampai berat and sampai sagu2 tuh masak.)

Tips: nak tahu sagu tuh dah masak.. sagu yang putih susu jadi jernih.

bila dah siap masak, ibu letak dalam bekas.ketepikan.

untuk buat kuah, ibu guna-
1) 1 tin susu cair (apa2 cap pon boleh)
2) gula pasir.
3) Air

Susu, air, gula pasir, campurkan semua and tenggek atas api sampai mendidih. (ibu tk suka manis2 sangat. ibu suka manis2 buah je, so sesuaikan la rasa ye.. )

Tips:  ibu simpan kuah dlm jug. lepas sejuk, ibu simpan dalam peti ais. nak makan, tak pyh tambah ais.. tinggal tuang je. so tak la lari rasa nyer..

psstt.. makan sejuk2 mmg best giler!

Meh tengok hasil nya.. taraaaa


pandangan sisi
merah delima kan..?
Puding Sago- Best in the World

Friday, January 13, 2012

Nilai duit pada tahun 2012

Posted by erinnaza at 1/13/2012 01:07:00 PM 0 comments
Tahun 2012 ni di jangka nilai duit akan merundum.. so cuba bayangkan yang sebelum ini RM 50 kite spend di pasar.. dapatlah beli lauk pauk basah untuk seminggu (khusus utk kes ibu ye). tapi bila ada guest.. tak cukup, tau. kene top up la sikit.. lepas ni, RM50, beli ikan dan ayam je kot. sayur kene la tanam kat depan n belakang rumah. Itupun kalau ada depan dan belakang rumah, tu kan?? Kenalah berjimat cermat. Kenelah berhikmah dalam berbelanja.

Ibu dan ayah memang dah mula rasa sedikit sebanyak kesan nilai duit yang semakin mengecut ni. Kepala ni dok la memikir mcm mana ye.. nak ada kuasa membeli.. nak convert RM 10 jadi RM30.. dsbgnya.

Perancangan terbesar ialah untuk tambah aset. Aset tau.. bukan liabiliti.. Nota: Nak tau detail, kene tanya adik ibu sbb die belajar accounting ;P (mesti die marah sbb ibu suke bg statement mcm tuh kat die).
Contoh aset yang boleh ibu listkan kat sini ialah, tanah.. rumah (Nota: Untuk tanah dan rumah, lokasi sgt2 penting utk menentukan tanah dan rumah yang di beli betul2 di dalam kategori aset, kalau tak , 2 itu pun boleh jatuh di bawah liabiliti).. emas.. ermm kereta??? kereta tu ialah contoh terbaik liabiliti. 

Ibu dan ayah, kaji byk faktor untuk membekukan duit tunai (kalau beli aset baru, duit tunai yang sebelum ini cair, boleh spend pada bila2 masa dengan boros sekali, dah jadi aset yang beku), cthnya: kemampuan menampung perbelanjaan sekarang yang terdiri dari keperluan rumah, anak2, keluarga, bibik, keperluan di tempat kerja.. dan juga keperluan berpoye2 sikit hihhii.. Ibu dan ayah rasa,, dengan gaya hidup yang sederhana, insyaAllah kami mampu menambah aset idaman. Bagi ibu, penting kot,, sbb dah 5 bulan menyewa di Bukit Mahkota ni, rasa sgt2 tak best. So ibu bulatkan cita-cita untuk beli rumah ke 2, dlm jangka masa terdekat ni.. mudah-mudahan Allah permudahkan. 

Tapi kan, dalam masa yang sama, perkara-perkara kecil yang boleh meningkatkan nilai mata wang tunai ibu, ibu tetap suka nak buat. Contohnya, ibu share bisnes jual comforter murah dengan adik ibu. Menggunakan liabiliti (kereta comel ibu, ni) sebagai modal..

Car Boot Sale .. :D
Kata orang lama: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Mengenangkan zaman kecik2 ibu dulu, setiap kali menabung lebihan belanja sekolah (bayangkan duit syiling, ya), ibu akan bygkan, ibu akan ada berbukit-bukit syiling, nanti. Masa itu, akal memang tak tercapai yang syiling tu, boleh tukar kepada duit kertas yang nipis dan nilainya sgt2 besar.. heheh

Tuesday, January 10, 2012

Hantar papa pergi exam

Posted by erinnaza at 1/10/2012 01:49:00 PM 0 comments
Hari ini ibu n abg ibu berpeluang hantar papa pergi exam.. lucu la.. sbb dah pencen2 papa nak kene exam plak. ibu yang risau papa nak exam ni. sibuk suruh papa g study.. siap tak bg ikut hantar kakak qiesya g school pagi td. tapi papa tetap nak ikut.. sbb lepas anta kakak qiesya, papa nak ajak 'ngopi' kat kedai mamak.. lepas tuh, papa nak ajak ibu g round2 kat kawasan rumah.

Dari pagi papa dah sakit perut.. hari ini papa breakfast nasi.. sbb takut nnti nak makan tgh hari dah tak lalu makan.. lepas mkn, ibu bawa papa beli alat tulis.. eee seronok btl rasa.. sbb selama ni, papa yang sibuk uruskan pelajaran ibu n adik beradik.. anta g sekolah.. yang sekolah jauh.. jauh la perjalanan papa..

Meh tgk gambar cerita papa nak g exam ni..
Papa exam kat sini.. 




















Close up sikit..

Terowong.. Mcm dalam Merlin
Ada yang kenal??

Ha. papa punye pekse ni..

papa amik berkat, kol mama faridah kat rumah





OK.. papa day ready..
(kami adik beradik siap salam papa.. wish gud luck!)

Sunday, January 8, 2012

Corningware Murah

Posted by erinnaza at 1/08/2012 01:15:00 AM 4 comments
Bila berlaku sesuatu bencana.. ada pihak yang merana, mengalami kerugiaan yang besar dan sbgainya. Bagi peniaga-peniaga yg terlibat dlm bencana itu, mereka akan menjualkan barang-barang pada harga yang rendah. Agar barang yang masih elok, masih boleh mendatangkan keuntungan, sambil menunggu claim dari pihak insurans (kalau ada insurans la kan.. )

Ibu ligat cari peluang. Peluang membeli barang-barang 'harga runtuh' ni, ibu tak lepaskan. Ibu dapat beli beberapa set Corningware.. TIDAK BERTUTUP. Ibu beli set corningware ni murah... so, ibu jual pun dengan harga yang murah..'cheapest in town' (Boleh cari tutup kat jusco. beli time sale.. boleh dpt murah je.)

Nak order.. email ibu ye. kene hantar by hand. Ibu stay di Bukit Mahkota, Bangi..



KOD : G3P1
Pandangan sisi
(3L, 1L, 700ml)
KOD : G3P1
Pandangan Hadapan.
 (Bukan Ilusi Optik, it come with Pyrex!)

 .....................G3P1 SOLD......................


KOD: P5P1
Abaikan background pictures :D

.....................P5P1 SOLD......................



KOD :S3P0
(3L, 3L, 1L)



KOD : P4P0
(3.5L, 2.5L, 1L,1L)
Sorry.. gam bar gelap. Handset tak berapa nak canggih


.....................P4P0 SOLD......................


Saturday, January 7, 2012

KLCC

Posted by erinnaza at 1/07/2012 12:37:00 AM 0 comments
Cuti-cuti seronok juga bawa anak2 jalan ke KLCC.. dari jauh kakak qiesya mesti jerit.. "ibu.. KLCC dengan KL tower!.." bila bawa dekat2.. kakak qiesya pelik. Mana KLCC nyer??  "ermm kita di KLCC la ni. Kita dalam perut KLCC.." kakak tetap blur..

Macam2 ragam anak2. Bila mereka dah besar nanti mesti ibu rindu..



Adelia memang kuat lari

Kakak Dia.. mcm pelancong Jepon



Pandai kakak Qiesya jaga baby


Suka sangat dapat pegang snow tree
Wah.. snow man lagi..

Marah.. sbb tunggu snow turun .. x turun2..

Thursday, January 5, 2012

ayah dapat hamper

Posted by erinnaza at 1/05/2012 05:49:00 PM 0 comments
Ujung tahun 2011, office buat bowling tournament. ada 3 piala yang menjadi rebutan. Untuk lelaki, Piala Prof Dr Ahmad, bagi peserta perempuan pula, Piala Prof Madya Dr Azlinna, dan yang paling glemer.. Piala Juara Longkang.

Oleh sebab tournament  kat KL, dan kebetulan ayah free, ibu ajak ayah join. Nasib la ayah sporting. Walaupun die kate, dia redha la kan kene gelak sbb asyik cuci longkang je nanti.Bak kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, tiada siapa yang tahu". Lontaran ayah mlm tu, serba menjadi je.. ermm membanggakan ibu betul. ibu pun mcm susah nak percaya.. Coz knowing him.. mmg die agak la rajin mencuci longkang.. So, nasib ayah mmg sgt baik.. ayah jadi juara utk pemain jemputan.. so ayah dapat hamper.. ibu.. nasib tak la dpt Piala Juara Longkang.. Untuk piala-piala berprestij yang lain, mmg di pegang oleh juara-juara yang sememangnya hebat..

So, ibu share la ye rupa hamper yang ayah dpt pada mlm tu..

hamper ayah!


Name of Database

Posted by erinnaza at 1/05/2012 10:20:00 AM 0 comments
My major problem after having the 3rd baby is suffering from short term memory lost  hehehe.. so i think, better I share with other people what i have at the place that make me easy to retrieve back. But, definitely i dont have all the databases in the world. Only the database that related to my discipline. These are the database that i think will be listed in my history of internet browser for this 3 years..Happy reading.. :D
1. PubMed
2. ERIC
3. Web of Science
4. Toxlline
5. ASHRAE
6. Science Direct
7. Malaysia Journal (Numbers of it)
8. Environmental Ergonomics Journal
9. Indoor Air Journal
10.American Journal of Public Health
11. Applied Ergonomics Journal
12. Human Performance in Extreme Environment


And below are the lists from a friend of mine.. Dr Auditya.. (platforms to publish my works)

1. International Journal of Occupational Safety and Ergonomics
2. Work: A Journal of Preventive, Rehabilitation and Assessment
3. Industrial Health Journal (Survey)
4. Indian Journal of Environmental Medicine (IJOEM)
5. Journal of Occupational Hygiene (JOEH)
6. International Journal of Occupational Environment (IJOEH)
7. Human Performance

Pakcik Johnny,kami datang,ni.

Posted by erinnaza at 1/05/2012 09:45:00 AM 0 comments
Semalam.. melayan tekak kawan nak makan Johnny's. Biasanya kat Johnny's tuh ibu n ayah melepas kan teringin nak pekena steamboat (ala-ala mcm dalam citer jepun.. dating, makan steamboat). tapi semalam.. saje nak buat kelainan. tak mo makan steamboat.. ibu tried mee hijau.. (memang sgt hijau.. ) sepanjang makan, kehijauan jek rasa.Ibu amik dengan set. so adalah jugak tomyam semangkuk n dessert, vanila ice cream. kalau kat sini, mesti nak pekene tomyam, walaupun sikit, kan?? almaklumlah.. concentration of that particular tomyam i think, boleh memecahkan sel-sel lemak dlm badan.. hihihi.

Ini lah Johnny's.. 


Ini pulak set yang ibu makan. (tomyam n dessert, x ter capture plak)
Lepas maghrib.. perut kawan ibu panazzz. so nak kene sejukkan. biasanya kalau perut panas sbb makan makanan berempah, tuh.. kami mesti nak cari penyejuk (ice cream). so .. Double Jr. Scoop .. jadi mangsa. Ibu tumpang jek.. tak beli pun. Sbb ibu on diet.. :D

Mestilah tak susah nak tunjuk PINK!!

Jamoca® Almond Fudge.. + Vanila (Double Scoop la katakan..)

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea