Wednesday, February 29, 2012

Ekspo Buku Islam Putrajaya

Posted by erinnaza at 2/29/2012 04:57:00 PM 0 comments
Seminggu dua ni.. ibu rasa resah jek.. emosi cepat jek tersentuh. air mata cepat je nak tumpah. mudah terusik.. dpt berita gembira pun rasa nak nangis beria mengucap syukur pada-Nya. ermm macam biasa, bila tsunami macam tuh melanda.. rupa2 nya sang bulan nak muncul tiba..
Dengan keadaan yang sangat lemah.. emosi yang rasanya koyak rabak.. ibu suka ambil kesempatan, mencerminkan diri sendiri.. melihat dengan mata hati, mensyukuri nikmat tuhan yang di beri. Menginsafi setiap pemberian tuhan yang tak ternilai.. merelakan setiap ujian yang kunjung datang. Ibu yakin, teramat yakin, setiap ujian itulah membuatkan diri kita semakin dekat dengan tuhan pencipta alam.. melihat kurniaan teragung... anak2 kecil disekeliling ibu,. ibu bersyukur. Anugerah terindah diberikan... sedangkan ibu terkadang lalai... Ya Allah.. kasih sayang mu tidak bertepian..
huhuhu syahdu nya.. bila berbicara tentang cinta dengan yang Esa.

Ya Allah.. aku tidak layak utk syurgamu.. tapi aku tak sanggup utk menanggung siksa neraka mu.. Ampunkan dosa ku.. dosa suami ku.. dosa ke dua ibu bapa ku.. dosa ke dua ibu bapa mertua ku.. dosa abg dan adik2 ku.. satu kan kami di dalam syurga mu... amin

Ibu teringat Dr. Fadilah Kamsah pernah berpesan, kalau di uji dengan anak yang nakal.. ibu2 dan ayah2.. tgk semula pada diri sendiri.. mcm mana hubungan dengan Allah. Jangan salahkan anak.. kalau ibu n ayah sendiri tak bangun malam.. solat tahjud, n hajat mohon pada Allah, supaya anak2 jadi anak soleh n solehah...  Maha Suci Allah..

Ujung minggu lepas.. ibu sempat bawa The Two Bugs pergi kedai buku Islam di putrajaya...


Sempat dengar ceramah.. isu t/jwb ibu bapa (hubungan dengan Allah) juga menjadi antara isinya


Teknik Al- Baghdadi - Untuk kakak qiesya and kakak dhia, belajar mengaji.. (walaupun sekarang ni, kakak yang boleh baca alif - ya.. yang berbaris atas) alhamdulillah

ok.. kakak, try dulu sblm ayh beli 2 set utk u both.

Adelia.. apalah yang adelia paham lagi, kan.. sayang..


ermm ada ipin...

peace uolls

ada 'ana muslim'. adelia panggil.. Yaya (dalam citer boboboi)

ok.. shopping buku kat ana muslim.. kakak pilih, ye.. ibu n ayah tunggu kat tepi

ibu beli 2 buku ni. 1 utk tokpa.. 
(alhamdulillah.. tokpa dapat pergi ke Mekah bulan 9 ni. Kali ni tokpa menunaikan t/jwb bawa tokma Faridah ke Mekah. Kalau dulu tokpa bawa arwah tokma Juminah..) 
Ini juga antara faktor air mata ibu asyik jatuh berderai.. syukur.. sedih.. sayu.. bercampur baur.. bila mengenangkan tokpapa akan ke tanah suci.. terbayang2 wajah arwah mama berkain telkung di airport utk ke Mekah. Al- fatihah utk mama.

Satu lagi buku utk Tok Ayah.. semoga tok ayah akan menjadi tetamu Allah juga suatu masa nanti.. Amin.


Nota: Tetapkan lah iman kami di hati kami.. Jadikan kami orang2 yang bertakwa..

Ya Allah.. kasihanilah mama. Tempatkan mama di kalangan hamba mu yang Solehah.  Dia ibu ku, temukan kami di syurga.. Die telah menjadi ibu ku yang terbaik di dunia.. 

Friday, February 24, 2012

Hagia sophia

Posted by erinnaza at 2/24/2012 02:52:00 PM 0 comments
Ibu rehat sekejap la.. letih otak ibu ni dok membaca journal. Rasa terpanggil sangat nak masuk ke page International Journal of West Asian Studies, tetiba ibu ternampak gambar Aya Sofia @ Hagia Sophia..

Terkesima dengan kecantikan senibinanya.. Termenung... mcm mana org zaman dahulu boleh hasilkan seni yang sangat mengagumkan mcm ni?? Dahulu nya merupakan sebuah gereja (Gereja Besar St Sophies), di tukar menjadi Masjid yang terindah.. 







Ibu teringin sangat nak sentuh dinding Aya Sofia ni..nak berdiri dari luar, dan membayangkan 150,000 tentera Islam menakutkan tentera Byzantine dengan laungan azan dan solat berjemaah (laungan takbir telah memecahkan kesunyian Kota Constantinople, suatu ketika dahulu). 

Ibu harap sgt2.. anak2 ibu akan jadi seperti Sultan Muhammad al-Fatih (cerdik, pandai, byk berfikir... penuh strategi dan yang paling penting, patuh dan taat terhadap Allah). 

Menurut sejarah, pada thn 1453, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menawan Constatinople dan masjid Aya Sofiya telah kekal selama 500 thn, sedih dah syahdunya pada thn 1935 ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turkey (Bagi ibu, mereka telah berjaya memurtadkan Masjid Aya Sofia, sbb Islam telah hilang kuasa di sana).

Ibu menulis pada thn 2012.. mengagumi senibina pada tahun 537AD. Mengagumi pemerintah purba yang mahir dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa. 

Maha suci ALLAH.. Rasulullah SAW pernah bersabda 800 thn sebelum kelahiran nya , ketika Rasullullah dan sahabat menggali Parit Khandaq;  “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

"Sebaik-baik raja.."

Istilah baik.. sgt2 subjektif.. tapi bagi ibu.. sebagai orang islam.. kita dah ada SOP.

  
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.



 Nota: Wahai anak2 ibu.. bila ibu tiada lagi di dunia.. Ibu sangat2 berharap.. ibu telah meninggalkan kamu sebagai anak2 yang solehah..

Wednesday, February 22, 2012

Rabbits Park.. tapi mcm2 ada

Posted by erinnaza at 2/22/2012 01:03:00 PM 0 comments
Hari ahad, ibu n ayah kan dah janji.. nak bwk THE BUGS g jalan2.. sbb kene tinggal kat rumah hari Sabtu. Ibu n ayah planned nk bawah main playground jek. Tapi, tetiba pakcik wan datang rumah n ajk naik kuda.. So, kene say thank you kat pakcik wan n cik dayang ye.. Kami decided bawa the two go Rabbit Farm kat semenyih.. Imelda kene tinggal sbb ibu takut imelda kene panas. takpe.. nnti imelda dah besar, ibu bawa lagi, ye..

Otw, ke semenyih, tetiba jek ibu rasa, badan Adelia panas. Alamak, adelia demam lah plak. Ibu minta pakcik wan cari farmasi, and then ayah turun beli paracetamol utk adelia.. lepas mkn ubat. ibu paksa adelia minum air. Ibu risau, nnti dah turun kete, adelia bukan boleh jalan pelan2.. mesti lari pecut.. demam pun adelia tak sedar.

ha.. minum air senafas nama nya, ni...


Oleh sbb bertolak dari rumah pkl 3lebih.. kakak tak sempat tidur siang.. so kakak took nap.. kat seat belakang..

Dah sampai.. budak baru bangun tido n budak deman dah bersedia nak memulakan aksi yang extreme..


Macam biasa.. kalau nak buat ape2, ayah akan bg Safety Briefing dulu.. hehehe 



Kakak suke lah tuh.. dpt naik so called Hammock Bridge

Adelia takut

Oleh sbb adelia takut nak naik... adelia buat big wave utk takutkan kakak... ihhiih

sian ibbit...

The two..dah macam dalam rumah sendiri dah.. 

wah.. kakak requested nk bela rabbit.. ermm kalau la rumah kita ni Semi-D, boleh la.. 
tapi rumah kita, terrace jek.. tanah ciput sgt. nak tanam pokok lagi.. nak bela rabbit lagi.. tak muat. :D

ehh mana plak la adelia lari ni, ayah dpt pegang ibbit,.. (adelia panggil rabbit, ibbit.. sikit lagi dah nak bunyi mcm bibik .. :D)


nak kasi mkn goat plak

last2 tinggal ayah sorang..

Cik dayang pun pujuk the two, ajak bg makan goat lain..

tgk lah tuh.. tinggalkan cik dyg plak.. 

wahh.. ayah.. boleh la kite venture bela kambing plak, kan??

wahh.. ade rusa juga.. mcm dlm cerita 'suatu masa dahulu, lah ibu..'

emm.. mana lagi kite nak pergi ni adik...

ha.. cepat dik.. nak hujan ni! kite g naik kuda plak.

Seronok sgt kakak naik kuda.. siap request nnti nak dtg lagi.. sbb nak naik kuda..


Adelia plak...wahh ibu tak sangka adelia berani naik kuda ni.. sbb time adelia naik, ibu yang kecut.. 

ermm muka yang tak boleh tahan.. so proud of you kid.


Sebelum balik, ayah sempat pujuk adelia utk hammock bridge ni lagi. Ayah takut adelia teringat2 bile dah sampai rumah. Takut adelia menyesal sbb tak naik.. hehehe (ape lah yang adelia paham, kan?) tapi.. tetap tak berjaya.

Dah nak hujan.. dah nak kene balik.. sesi memujuk adelia utk balik.. (macam baisa la kan.. hihih)

Oklah.. babai semua.. dah hujan.. kami nak blk dulu.




NOTA: Terima kasih pakcik ewan n cik dayang, yang selalu mengisi hari2 kakak qiesya, kakak dhia and imelda.. Sangat beruntung THE BUGS, sbb ramai yang sayang... 

ibu dan bekerja di hujung minggu

Posted by erinnaza at 2/22/2012 10:11:00 AM 0 comments
Hari Sabtu, ibu kene supervise student ibu punyer final projek di Kemaman. So seawal 7pagi, ibu and ayah dah bersiap-siap nak bertolak, dari BM ke Kemaman.. (keje jauh, ayah mmg ikut sekali. heheh bile lah ada rezki nak bawak ayah ikut ibu kerja kat oversea, nih. tapi kalau la ayah yang kerja kat oversea n ibu yang ikut jejalan, lagi best.. ). Sebelum bertolak dari rumah, ibu n ayah sempatlah spend times dengan THE BUGS dalam masa sejam.. bergurau, berpeluk-pelukan... berkasih-sayang.. ermm syukur alhamdulillah..

Ibu janji dengan student, nak jumpe di library Kemaman. Senang nak discuss, googling and etc. Ibu sampai awal, dlm pkl 11.30 dah sampai. So, sementara menunggu, ibu and ayah buying times as well as buying foods and drinks at Hai Peng Kopitiam.. 



sangat2 kecur dengan teko-teko yang di'tayang'kan.. 


kalau pakcik Hai-peng nak jual container putih tuh, ibu willing to buy. ehheheh


banyak makanan gerai kat sini.. simple jek

Dalam byk2 tuh, ibu pilih ni. Bihun n tako.. (stylo sgt cara bungkusan bihun tuh. 'teringat zaman kecil2 pergi masjid, arwah mama buat lengkong, letak dlm pinggan.. then ikat dengan sapu tangan.. ibu pun jinjit la bawa ke masjid. lepas sembahyang,makan ramai2. orang lain pun bwk mcm2.. karipap, nasi lemak.. cecodok etc... '

ayah makan nasi lemak, setelah selesai sebungkus bihun masuk dlm perut. tgh2 mulut penuh, sempat ayah cakap.. 'abg suka bihun simple mcm ni je.. ' haihhh! mengeluh ibu. bihunnye mmg simple.. cili, bwg n ikan bilis jek.. tak pyh ssh2 nak letak seafood or sayur ape2. tapi rasanya.. ermmm menikam kalbu.. 

dah nak blk dah time tuh,.. ibu tak dpt tahan dengan godaan Garlic Bread.. setiap kali kat kedai kopi.. tak kira lah kedai kopi apa pun.. as in kopitiam, etc.
Kira pencuci mulut la ni ye.. hahahah (cuci sgt la...kan!)
air kopi ibu dah abis.. ibu abis kan air kopi ayah plak.. alhamdulillah.


ok.. dah la tuh.. cukup2 la melantak. kalau kat Hai Peng tuh, tak sah kalau tak makan byk.nak try semua benda.. (retry actually.. retry so many many times.. hhiihhi). sbb semua makanan macam masakan kat rumah.. Homy gitu! cepat buat keje.. cepat siap, boleh ajak ayah g kenduri plak..

time ni, student ibu g amik username n pwd utk access wifi.. 

Selesai kerja.. ibu n ayah cari kopok n cari jeli kelapa.. (items wajib bila pergi kemamam). then solat jama' n salin baju utk ke kenduri..

ha.. walaupun penat, ttp contol muka utk bergambar di pelamin pengantin. Pengantinnyer (adik haizan) dah keluar buat outdoor photo shoot. 
Dari kiri: ( aida, ibu n haizan)
Ibu rindu kat cik haizan ni.. ibu syg kat die.. aida ni plak kawan haizan dari zaman pondok2.


Gambar tahun 2010
Ibu sempat melawat Nurud yang tengah tak larat alahan mengandung.. (Nurud yang pakai tudung light brown tuh). Sian kat die.. ibu doakan die cepat sihat. Time peluk Nurud, nak say goodbye.. bergenang air mata ibu.. ibu tgk mata Nurud pun berkaca.. Ouhh.. time tuh baru ibu sedar, yang ibu rindu sgt kat die..
Dari kiri:(dayah, nurud, haizan, ibu and ieja).
Uoollss.. missing all of you so bad.. huhuhuuh

Gambar thn 2010

Adatlah bekerja ada masam n manisnya.. bila dikenangkan balik, semua itulah yang membentuk peribadi ibu pada hari ini.. 

Ibu yang pakai blazer light brown.. 

Demi tuhan ibu rindu kan kawan2 ibu.. rindu saat2 kami berdiskusi tentang kerja, kehidupan dan anak2. Lepas solat maghrib, macam flash card, satu persatu muka kawan2 ibu terbayangkan. Ibu angkat tangan, kirim kan doa utk mereka.. Utk ibu, ibu doa, agar ibu akan jadi seorang kawan yang terrrbaik utk mereka..

Oleh sbb ibu n ayah invisible on Saturday.. so kami memikirkan hari ahad, ape nak buat, sebagai hadiah sbb hari Sabtu The Bugs kene tinggal.. sian kat anak2 ibu.. Ibu kerja, sayang...



Ibu n ayah telah curi masa kakak utk explore byk menda dgn ayah n ibu..
Ibu n ayah telah curi masa adelia bermanja.. dengan ayah n ibu
Ibu n ayah juga telah curi masa imelda, kan, sayang??



Ok, ibu promise! Ahad is gonna be great!

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea