Monday, March 26, 2012

Gulai Keli Salai & Siakap Goreng..

Posted by erinnaza at 3/26/2012 12:45:00 PM 0 comments
Hari ahad baru ni, ibu prepared lauk2 ni utk seisi rumah.. biasanya kalau tak g dating-outing dgn ayah.. mmg ibu akan masak di rumah.. so bibik tinggal kemas2 je.. kalau ibu yang masak.. bibik la antara orang yang sgt gembira.. sbb dpt makan special... bibik pernah ckp kat ibu.. "tak nak bukak kedai makan ke???"" hhihiii gelak jek ibu.. ibu dpt masak utk ayah n the Bugs pun, ibu dah syukur alhamdulillah... semoga air tangan ibu ni, berkat.. utk pertumbuhan the bugs.. amin..



Gulai Keli Salai...


Siakap goreng panas..

Kakak said: "sedaplah ikan ni..manis.. "
kakak sgt2 suka makan nasi kepal yang ibu buat.. ibu sanggup kepalkan nasi utk anak2 ibu, selagi nyawa dikandung badan.. selama-lamanya..

Adelia said:" fishhhhhh dappppp!!!"
makan fish je..nasi takmo.. :D so comel.. 

Imelda.. ibu leyek2 kan isi ikan dlm mulut.. ha.. tak cukup 3 kali.. nak berkali2..
hehhehe


Gulai??? the three bugs.. takmo.. sbb PEdas.. 

Nota: Alhamdulillah.. seperti biasa.. weekend yang busy.. penuh pengisian... dan sangat2 terisi... 

SPM dan kesannya terhadap emosi ibu..

Posted by erinnaza at 3/26/2012 12:23:00 PM 0 comments
Baru-baru ini, result SPM keluar.. ibu menanti dgn penuh debaran.. mengenangkan adik2 ipar.. sepupu sepapat yang mungkin dorangnyer debaran lagi sgt2 dahsyat...  Apabila berlaku sesuatu perkara yang ibu pernah lalui... kenangan2 lalu mmg sgt2 mudah nak bermain di kotak fikiran.. bertalu2 .. tak pandai nak berhenti.. Ibu nyer result SPM keluar.. ketika ibu dah berada di matrik di utara Semenanjung M"sia.. (ibu masuk matrik menggunakan result trial).. so Tok Pa telefon ibu (pinjam tel kawan ibu.. ibu xde telefon pun time tuh), bacakan result ibu.. dengan nada menjerit.. tokpa baca satu persatu.. tapi, satu pun tak masuk dlm kepala ibu... subjek ape dpt 1, 2 or 3 etc.. ermm ibu agak kecewa dengan result... tapi terharu sgt2.. sbb tokpa sgt2 happy.. Berulang2 kali.. ucap tahniah.. air mata ibu mengalir tanda syukur.. sbb buat tokpa rasa mcm tuh.. bahagia.. gembira.. bg peluang tokpa habiskan ckp.. at last ibu ucap.. terima kasih papa.. terima kasih mama...

Dengan result tuh la, ibu keluar dari matrik (x hbs pun matrik..) ibu masuk UTM.. dan..kat UTM lah ibu bertemu jodoh.. (perancangan tuhan yang maha KAYA.. DIA tahu segala-galanya).

Bukan deretan A yang menjadi kayu pengukur.. Bukan A yang menjamin rezeki seseorang.. tapi sebagai insan.. kita kene berusaha untuk memajukan diri.. membuat sesuatu dengan sepenuh hati... dengan kesungguhan.. Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. akan bagi apa yang kita minta.. Sbb Allah pernah berfirman.. "Mintalah kepada KU... apa sahaja yang kau inginkan.."

So, cuba fikir.. kenapa A itu menjadi sgt2 signifikan.. sbb A menterjemah usaha.. sbb A juga menterjemah hubungan dengan yang Esa.. tapi kene ingat.. Allah bg kejayaan sbg ujian.. begitu jua kegagalan .. Jadilah hamba yang berfikir.. cerdik akal fikiran..cerdik emosi. Kenali sifat Maha Pencipta.. dekat kan diri dengan -NYa. ibu pasti dengan cara itu, tiada lagi keluhan yang terkeluar dari mulut.. melainkan rasa kesyukuran dengan segala kurniaan..

Hati yang gelap.. membuatkan manusia itu jadi tumpul! tidak berilmu.. mohonlah pada Allah untuk terangkan hati.. supaya mudah menerima kebaikan.. SPM teruk.. it's not the end of the world.. kalau tak mula hari ni.. bila lagi.. Kata orang.. kalau nak menjala.. lebarkan lah jala.. seluas-luas nya.. tak dapat ikan besar.. ikan kecil pun takpe.. tak dapat ikan.. dapat rumpai pun ok.. dari tak menjala..satu menda pun tak guna.

Ibu bagi perumpaan nelayan n jala utk adik2.. mencari potensi diri.. ruang n peluang utk memperbaiki diri sendiri.. internet ada.. newspaper ada.. carilah peluang mengikut minat dan kemampuan.. jadila realistik.. positif..  inilah masanya utk yang kurang berjaya .. memperjuangkan nasib menempatkan diri di mana2 tempat untuk terus mencari n menuntut ilmu (yang berjaya... inilah kelebihan die.. tempat nya jelas n nyata). jgn bersedih dek silap yang lepas.. jgn dituding jari ke org lain dek kegagalan sendiri.. dah cukup dewasa utk memikul t/jwb terhadap kehidupan.. dan inilah detiknya seseorang itu perlu mencorakkan canvas kerjaya.. stepping point utk mengukir perjalanan kehidupan yang akan diwarisi ke generasi2 akan datang..

Ibu tulis.... utk dikongsi.. tapi yang jauh di pelusuk hati.. utk the bugs.. yang masih tidak mengerti kenapa ibu wajibkan tidur sekejap di tengah hari.. kenapa ibu suruh mandi air suam di waktu pagi.. kenapa ibu marah sampai nangis2 kalau ada antara the bugs yang sakit atau terluka, sbb main tak ingat dunia..



Ibu harap.. suatu hari nanti the bugs.. nampak.. the reasons of everything that ibu had done. terus memandang kehadapan tanpa perlu menoleh ke belakang..

Menikmati hari ini sebagai nikmat dan peluang yang terindah untuk membentuk peribadi diri...

bersemangat utk menimba ilmu.. menimba ilmu seriously mendekatkan diri dengan Ilahi..

walaupun perlu merangkat dan meraba-raba dalam kegelapan.. 
carilah ilmu.. kerana ilmu itulah pelita kehidupan.. 

ibu sgt2 percaya.. Allah yang maha pengasih lagi penyayang.. takkan membiar kan hamba Nya terus meratap.. meminta.. untuk keluar dari kedhaifan.. melainkan.. ratapan.. dan tangisan itu, penghapus dosa.. dan Allah tangguhkan kerana cinta-Nya kepada hambanya...dek tangisan yang penuh keinsafan..


utk The Bugs.. andai satu masa nanti kalian keliru.. bermesyuarahla.. n istikharah.. bukan ibu yang ckp ni... tapi Rasulullah.. agar tidak sesat di bumi Allah.. jagalah yang 5.. andai 5 tidak di jaga.. mcm mana nak istikharah.. kalau buat.. bukan kah petunjuk itu dari syaitan?.. ingatla sayang.. ketika kamu keliru nanti.. mungkin saat itu ibu dah tiada untuk mengingatkan..

ibu yakin ketika itu juga.. kamu tidak akan berseorangan...


ikatan yang kuat dijalin n dipupuk di jalan Allah..  doa ibu siang dan malam.. agar the Bugs, menjadi anak2 yang berjaya di dunia dan di akhirat..

Apa lah sangat UPSR, PMR dan SPM tu.. yang penting.. perjalanan itu, diterokai dengan akal firikan dan hati yang celik.. supaya ianya berkat.. supaya ianya boleh memberi manfaat...






Her name is Nazeefa Anis Imelda

Posted by erinnaza at 3/26/2012 11:29:00 AM 0 comments
hari ni, genap baby ibu ni.. 8 bulan.. cepat je masa berlalu.. Alhamdulillah.. imelda (baby).. dah semakin cerdik.. Imelda the fighter.. secocok kan dengan nama die.. tak percaya??? tgk ni..

Kakak suka weeee guna sofa ibu, ni.. Imelda pun nak join sekali.

Dah boring.. babai la kakak..

ha.. sukenye.. lumba dgn kakak nak ambil nset ibu

hahahha imelda yang dpt.

tapi... dengan kakak dhia susah sikit la sayang... 

ha.. susah kan.. nak dpt.. hihihih

Nota: bukan sebab kakak qiesya kalah or kakak dhia menang.. tapi sbb kakak qiesya dah besar.. kakak sayang adik2 .. so kakak mengalah... tp.. adelia.. tak paham lagi.. but sometimes.. adelia pun mengalah, tau.. she just follows what kakak did.. gud girls..



Thursday, March 15, 2012

Reunion Class of 99 - 2012

Posted by erinnaza at 3/15/2012 11:40:00 AM 0 comments
Ibu pergi gathering sekolah ibu pada 3/3/2012 harituh.. tema purple tau.. so sibuk la ibu cari baju purple utk ibu n ayah sekali.. the bugs, dengan terpaksa n rela ibu tinggal kat rumah tokpa. sbb nnti akak mengganggu timing tido u all. balik sure la tgh2 mlm.

seronok.. dapat jumpe dgn kawan2.ada antara dorang yang ibu stayed together since 13 years old.. sakit pening bersama.. mandi.. solat.. makan... n belajar bersama.. 

Now, umur kami dah 30.. kami ber career.. kami beranak pinak.. good to hear everybody success in their live.. and happy with anything they doing..

Ini je pun yang dapat datang.. tapi cukup nostalgic.. ada ketika.. ibu senyap , senyum.. and sayu.. 
Thank You God.. for giving me chance to have these wonderful people in my love.. full with love and passion.. friendship for ever.


Ini kawan2 sekelas ibu.. 6 orang je yang dpt dtg. 
Ibu memangku anak aunty Qon, My best buddy ever,.. 
Best friend since 13 years old. kami mengagumi karakter.. semangat... and keperibadian massing2.  
Dari kiri, blade, jaja (diorang ni dulu bercinta.. tapi bukan jodoh mereka), Qon, ibu n ariff.. yang belakang tuh khairul.


Kelas sebelah...
Ijat, nurul (isteri ariff), and addin


Kelas sebelah, sebelah..
a'an, ikin, mama, seha, farid, and majid


Ini anak aunty seha.


Ini gang ladies.. 


and these are the gentlemen

Dalam kenangan... baju gathering 7 tahun lepas (kalau tak silap la) time tuh, ibu and ayah belum kawin lagi... ibu pun still simpan lagi baju ibu ni.. thanks to Zaman (kawan ibu). Dia yang sponsor baju ni utk kami semua..



Tuesday, March 13, 2012

Ibu suka masak sebenarnya... :D

Posted by erinnaza at 3/13/2012 05:49:00 PM 0 comments
Awal bulan mac yang lalu.. ibu ada program kat JB.. so ibu pun ajak ayah bawa THE BUGs balik kg Tok Pa. Masa bersama, suntuk sgt.. Tok Ma busy rewang.. Tok Pa plak, ada kursus haji la.. n sibuk menguruskan rumah baru Pakcik Oman..

Hari ahad, ibu dan announce awal2 dah.. pukul 8 malam bertolak blk BM. tetiba pukul 5 ptg, Mak Ni ckp teringin nak mkn seafood. Haih.. nak mkn kat luar?? no.. la.tak sempat. kalau nak g mestilah lepas mgrib, then mkn nnti mesti kelam kabut. So ibu pun dengan tetiba ajak ayah pergi cari seafood (kat kg Tokpa mmg senang nak cari seafood semua ni... mujurla).

Dengan tulang 6 kerat.. (ibu 2 kerat, Mak Ni 2 kerat.. n Mak Su lagi 2 kerat), bertungkus lumus menyediakan Ikan bakar (3 jenis), Sotong celup tepung.. Udang celup tepung. Sgt2 memerlukan kemahiran utk memasak dengan pantas.. Bibik mana ek?? ooo bibik sibuk mengemas barang2.


Semeja panjang, tau. Yang bukan seafood tuh, lauk tgh hari
psst.. ikan bakar dalam selimut lagi.. tak sempat nak snap gambar bile dah bukak, sbb ibu time tuh extremely busy

Sejak belajar ni, ibu kureng feel nak memasak ni. Sbb balik pun dah penat.. nak melayan the BUGS dgn pelbagai ragam. Tapi, kan. alasan yang sebenarnya, sbb ibu mls nak duduk dapur, coz stp kali ibu ke dapur.. Kakak qiesya n kakak dhia, sibuk ke dapur juga.. 
ibu menumis, u all nak menumis.. 
ibu menggoreng, u all pun nak menggoreng..

Bila hari bekrja ibu sgt2 penat... ibu kalau boleh nak masak makanan ringkas2 je. tak nak dok dapur lama2..kalau hujung minggu lain la kan.. kite boleh la buat kek ke.. biskut ke sesama..
ermm so, oleh sbb ramai sangat anak dara yang RAJIN nak menolong, ibu surrender la. biarla bibik yang masak.. ibu masak la time u all xde.

Bila u all leka.. sempat la ibu masak masakan simple mcm ni.. 
(sambal telur n petai, pucuk manis tumis air, ikan pekasam, kerdas -ulam, and sambal belacan)



Bila u all ikut ayah solat, ibu sempatla prepare
(telur dada cendawan hitam n petai bakar)
Lauk kat belakang tuh, bibik yang masak..  Alhamdulillah, bibik boleh masak.. tapi... 
haih.. makan je la kan... :D

PHD Theses Work Plan

Posted by erinnaza at 3/13/2012 01:41:00 PM 0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Ibu nak share perancangan ibu untuk habiskan belajar mengikut j/ms yang ditetapkan..
Doakan perjalanan ibu menuntut ilmu ini, dipermudahkan oleh-Nya.. Amin




Wednesday, March 7, 2012

Johor Premium Outlet

Posted by erinnaza at 3/07/2012 02:09:00 PM 0 comments
   Hujung minggu lepas.. ibu balik johor bawa semua sekali. Kalau balik kg.. banyak mcm mana pun kerja.. tak payahlah nak berangan nak buat sikit2 bila kat kg.. so, hari jumaat, walaupun bz, ibu cuba juga curi2 masa, nak buat kerja yang sgt2 perlu disiapkan n perlu dihantar pada hari isnin.. uhh.. berat di dada.. di bahu.. tuhan sahaja yang tahu.

   Ayah minta ibu hantar TOTO g service.. ayah ckp ayah ada meeting. ok.. sian kat ayah.. ayah pun busy. so 3 jam menunggu TOTO siap di service, ibu sempatlah buat kerja sikit.. alert, focus..  sgt2 diperlukan utk membuat kerja dengan cemerlang dlm j/ms yang singkat.

Kerja.. kat mana2 pun boleh je buat kerja.. yang penting, FOCUS!

So hari Sabtu.. ayah bagi reward dengan berjalan-jalan kat Johor Premium Outlet (JPO)..
Macam-macam ada kat JPO ni.. bagi branded items lover.. mcm syurga la kat sini, nih. tak payah nak jalan jauh.. semua butik dekat2 antara satu sama lain..

 Bila masuk je JPO ni, ibu nampak macam2 jenis orang.. bila ibu curi2 dengan dialek diorang bercakap.. ermm Singaporean.. erm ramai nyer diorang ni.. masing2 dh mengepit paper bag dengan pelbagai cop.. dah siap shopping la tuh kan... 

Ada Cotton On. Murah.. but.. not my taste.. n my style.. tak akan boleh nak put on pun.

Ripcurl.. kami masuk la jugak.. window shopping..


G2000.. ibu jeling2 baju ayah kat sini.. ajak ayah beli.. ayah tak mo!


Fossil.. 

Fossil ... 

Ada, Salvatore Ferragamo

Zegna Outlet Store


Michael Kors.. kenal tak? ermm mesti kenal, kan?

PUMA

ermm dari jauh nampak samar2 je.. coach tuh. 

meh close-up sikit
Ibu rasa.. paling lama ibu n ayah dalam coach... and definitely kalau dah lama sangat kat dalam tuh, kalau tak beli.. mmg saje lah kan buat ayah hangin. sebelum betul2 decide nak beli.. ayah siap cakap.. tak nak tgk ka Burbery ke???.. ermm ibu malas nak masuk Burberry tuh,, sbb kene Q.. take turn. tapi bila ayah dah ckp mcm tuh, ibu pun ikutla saja la.. takut nnti menyesal.. masuk n tgk.. pusing2 lebih kurang.. ajak ayah pergi Coach semula.. (ihhihihi amik hati ayah jek, tuh)

tgk tuh.. haih.. nak sampai turn.. hilang mood! :D

tempting sgt2 beg ni.. ayah dah bagi green light dah... 


Tapi ibu amik yang ni je..murah sikit.. :D "baik, kan ibu ni, ayah?".. hhiihih

Ibu rasa, apa yang terkeluar dari mulut ibu ni, ayah nak tunaikan semua benda. Sampai takut nak sebut kalau teringin nak ape2.. Untuk The Bugs pun sama. Ibu dapat rasakan, selain perasaan cinta dan sayang.. ayah jadi macam tuh, sbb ibu rajin belajar n bekerja. Untuk The Bugs.. kene jadi anak2 yang baik.. taat.. rajin belajar.. nnti ayah sayang.. kasih sayang ayah, tiada tolok bandingan nya tau.. !

Tengok. muka ibu yang berseri2 dpt handbag baru.. Muka ayah yang puas hati, tgk ibu happy..

Ayah.. ibu sayang kat ayah.. dunia n akhirat. pssttt.. bukan sbb ayah belikan beg baru,tau! :D


Thursday, March 1, 2012

Tiga budak comel ini, anak ibu!

Posted by erinnaza at 3/01/2012 05:51:00 PM 0 comments
Hai.. ibu tetiba rasa rindu pada weekend.. rindu nak berlama-lama dirumah. Hari sabtu, kene turun JB. tengah berkira2 nak bawa The BUGS atau tidak.. tak bawa.. nnti mesti ibu sedih.. kalau bawa, ibu takut semua letih...
Ermm. rindu.. so ibu layan gambar the three of you dulu.
Sangat2 bermakna tau kamu bertiga ni bg ibu.. 

amboi.. anak ayah.. baca paper dgn ayah di hujung minggu

yang ni.. syokk sgt tgk tv, sampai posed mcm tuh. hiiihihi


yang ini pula, pantang ayah lepas handset. die dulu la yang terkam..


budak2 baik.. ibu bg upah main air.. :D

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea