Friday, February 24, 2012

Hagia sophia

Posted by erinnaza at 2/24/2012 02:52:00 PM
Ibu rehat sekejap la.. letih otak ibu ni dok membaca journal. Rasa terpanggil sangat nak masuk ke page International Journal of West Asian Studies, tetiba ibu ternampak gambar Aya Sofia @ Hagia Sophia..

Terkesima dengan kecantikan senibinanya.. Termenung... mcm mana org zaman dahulu boleh hasilkan seni yang sangat mengagumkan mcm ni?? Dahulu nya merupakan sebuah gereja (Gereja Besar St Sophies), di tukar menjadi Masjid yang terindah.. 







Ibu teringin sangat nak sentuh dinding Aya Sofia ni..nak berdiri dari luar, dan membayangkan 150,000 tentera Islam menakutkan tentera Byzantine dengan laungan azan dan solat berjemaah (laungan takbir telah memecahkan kesunyian Kota Constantinople, suatu ketika dahulu). 

Ibu harap sgt2.. anak2 ibu akan jadi seperti Sultan Muhammad al-Fatih (cerdik, pandai, byk berfikir... penuh strategi dan yang paling penting, patuh dan taat terhadap Allah). 

Menurut sejarah, pada thn 1453, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menawan Constatinople dan masjid Aya Sofiya telah kekal selama 500 thn, sedih dah syahdunya pada thn 1935 ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turkey (Bagi ibu, mereka telah berjaya memurtadkan Masjid Aya Sofia, sbb Islam telah hilang kuasa di sana).

Ibu menulis pada thn 2012.. mengagumi senibina pada tahun 537AD. Mengagumi pemerintah purba yang mahir dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa. 

Maha suci ALLAH.. Rasulullah SAW pernah bersabda 800 thn sebelum kelahiran nya , ketika Rasullullah dan sahabat menggali Parit Khandaq;  “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

"Sebaik-baik raja.."

Istilah baik.. sgt2 subjektif.. tapi bagi ibu.. sebagai orang islam.. kita dah ada SOP.

  
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.



 Nota: Wahai anak2 ibu.. bila ibu tiada lagi di dunia.. Ibu sangat2 berharap.. ibu telah meninggalkan kamu sebagai anak2 yang solehah..

0 comments:

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea