Thursday, October 18, 2012

Atkins Diet la plak

Posted by erinnaza at 10/18/2012 04:23:00 PM
OOO.. ha, besar O nyer.. baru tau, kalau nak kurus amik carbohidrate 20 gm je sehari..
Carbohidrate --> gluscose == tenaga. Kita beractivity menggunakan tenaga. Meaning that, kalau carbohidrate byk dlm badan kite, kite beraktiviti, kite burn glucose, bukan nyer burn lemak!

Now ibu dah phm dah. :D heeee.. mkn la ape pon nak mkn.. tp jgn amik carbo + gula. InsyaAllah.. boleh kot nak dpt berat 55kg dlm ms 2 bulan.. :D


nasi oo nasi. agak2 kalau tak mkn nasi, susu Imelda ok tak ekk.. [ dlm dillema ibu, nih]

breakfast, biasanya ibu makan roti. so, lepas ni, ibu kene la tukar menu lain.

Dr Atkins ckp dlm masa 2 minggu.. berat boleh turun kalau ikut plan di bawah
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih

kene bgtahu ayah.. TAK PAYAH beli sotong kat pasar. nak mkn udang or ketam byk2 takpe.. yang penting jgn makan sotong. [ bgs gak.. sbb sotong kan sgt tinggi kolesterol nyer]

dan yang paling penting.. sgt2 penting.. kene ade ilmu tentang ape yang ade dlm sesuatu makanan itu. sebagai contoh:
Dah seminggu ibu jadikan pear senagai snack before lunch... ermm rangup, berjus.. and ibu rasa sihat. and ibu rs, ape yang ibu buat ni.. dah betol sgt dah.. rupa2nya, carb dlm 1 biji pear.. lebih tinggi dr yang terkandung dlm 1 biji telor rebus.. aiiyookkk!

nampak sihat, tp kandungan gula sgt tinggi- gula tukar jd glucose.. mmg tak pecah la lemak ibu. dan kalau mkn 1 biji, tak tentu kenyang lagi.. :(

walaupun telor rebus ni nampak menakutkan. tp ia adalah pilihan yang lebih baik dari buah-buahan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.. lepas ni, boleh la amik 1 biji telor rebus utk breakfast yang sihat.


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Rujukan:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/33-masakan-dan-makanan/7195-atkins-diet-.html

Nota: Gambar2 dlm entry ini, hasil download dari google. Tq en. google!

0 comments:

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea