Tuesday, June 19, 2012

Ibu buat Homework: kakak qiesya nak start puasa

Posted by erinnaza at 6/19/2012 04:21:00 PM
Anak ibu dah besar.. alhamdulillah.. anak ibu sihat.. n nak kene berlatih puasa.. i.Allah, bila sampai waktu nya.. puasa, wajib untuk kakak.. (syukur atas kurniaan kesempurnaan.. )
Macam tak percaya.. masih segar kenangan melahirkan kakak.. but now.. kakak dah besar. kene bangun sahur... bersahur bersama ayah n ibu..

Ya Allah... terima kasih. tetiba ibu rasa hiba.. tak sabar nak smbut Ramadhan.. Ya Allah.. kurniakan Ramadhan yang penuh keberkatan kepada kami satu family.. untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang.. untuk memperkuatkan ikatan iman.. amin.. ya rabb..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Source: ummi irfan
  • Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh
  • Beri penghargaan…. Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari, berilah hadiah. tak semestinya dalam bentuk wang..saya yakin si kecil lebih mudah meneruskan ibadat berpuasa sepanjang Ramadan sekiranya ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.
  •  Memberi motivasi. “Anak yang masih kecil perlu disemai jiwanya dengan contoh teladan yang baik.Anak kecil sebenarnya mudah untuk dididik berpuasa. .maksud saya sebaiknya sediakan pelbagai program untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang supaya tidak begitu terasa masa berlalu
  • Jangan lupa melatih anak niat berpuasa...kalau boleh..amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam..dgn cara ni..anak kecil akan lebih seronok 
  • Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama saja dengan menu orang dewasa.dan if possible..hidangkan makanan kegemarannya
  • Kurangkan menonton tv..karang banyak sangat tgk iklan2 makanan..menggugat iman je..huhu
  • Jgn biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain..
  • Beri makanan atau minuman yang mengandung gula (karbohidrat). Gula mudah diserap dalam tubuh menjadi sumber energi.
  • Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat-saat senggang di waktu malam.
  • Untuk sahur, perbanyaklah makanan dari jenis protein dan lemak seperti daging, nasi, telur, ikan, dan lainnya. Makin besar lemak dan protein yang dikonsumsi saat sahur, automatic..energi yang dimilikik oleh badan juga lebih besar/ Namun, jangan sampai makan berlebih takut karang sakit perut lak.
  • Berikan zat gizi tambahan seperti vitamin atau kalsium 
  • Kurangkan atau elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam, bersantan, atau pedas.
  • Perbanyak juga makanan serat (fiber) kerana membantu melancarkan buang air besar…dan ia juga membantu menghindari rasa lapar

0 comments:

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea