Thursday, June 28, 2012

Nazween Safi Adelia - EP 1

Posted by erinnaza at 6/28/2012 04:48:00 PM
Entry ni ibu tulis khas untuk kisah Adelia yang sehingga 28 Jun 2012, masih belum boleh develop conversation skill dengan baik.. ibu buat study tentang Adelia di internet..

Ibu study:
http://pama.karangkraf.com/bayi/lambat-bertutur-adakah-si-manja-anda-normal-1.35731
http://fenditazkirah.blogspot.com/2010/03/pakar-kanak-kanak-bersama-drsyed-nazir.html
http://saifulislam.com/?p=1701
http://mutiarakata-ikaa.blogspot.com/
http://mamakembar3.blogspot.com/2011/08/lambat-bercakap.html
http://alkindi10autisme.blogspot.com/2012/03/anak-lewat-cakap.html

Secara jujurnya, bukan senang ibu nak meluah kan pada rakan2 karib.. pada doktor.. yang "anak saya ada masalah iaitu sampai sekarang masih belum boleh bercakap macam kanak2 seusia die".. bukan semudah telinga yang mendengar..


Bila share dengan kawan2.. terima kasih, kerana memilih utk tidak percaya terus.. malah bertanya berulang2 kali.. even ada yang kate.. ibu yang risau terlebih, sedangkan Adelia itu normal, n tiada masalah langsung.. tp sbg ibu, ibu tak boleh selfish.. dan sedap hati dengan mudah. ibu explained.. bg cth2 ayat.. bg cth2 keadaan.. yang at last kawan2 memberi sokongan penuh untuk mencari punca dan penyelesaian masalah Adelia..

Semakin byk ibu baca.. hati ibu semakin koyak! Rabak!.. terkenang wajah anak ibu di rumah.. ibu nekad. walau ape pun yang terjadi.. ibu kena dptkan pertolongan.. ibu kene korbankan perasaan.. berusaha.. dan selebihnya bertawakkal.. 
ibu,"abang, Ramadhan nnti, kite bawa Kakak n Adelia ke surau, ye.. kite kerap bangun mlm, ye.. solat taubat.. solat hajat.. ayang tak kira, apa pun yang terjadi, berapa pun kos nyer.. ayg nak Adelia dpt ape yang berhak utk die.. Ayang percaya, semua ini ujian utk kite. Dan kite wajib terima n menguruskan ia dengan sedaya upaya.. " 

laju air mata ibu.. jauh di lubuk hati.. tertusuk rasa.. persoalan adelia bukan main2 utk ibu.. bukan lagi gurauan bila adelia dengan comel menjerit, "eeee gerraammmm". 

 Di klinik, ibu sibuk amik ubat.. amik surat.. adelia berposing dengan ayah di belakang..


Referral Letter utk di bawa ke KPJ Kajang, esok..

Adelia yang comel.. nak hantar ayah pergi kerja.. :D


"Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairan dalam al-Jami'us Shahih.)

Ya Allah.. dengarlah rintihan hati ini.. aku yakin, ini cara Kau mendidik.. aku bersyukur.. Kurniakanlah iman yang tebal.. Takwa yang tidak berbelah bahagi.. Kau kurniakan lah kesempurnaan fizikal dan emosi.. kau kurniakan lah kecerdikan akal fikiran.. rupa paras yang cantik dan penyejuk pandangan.. kepada puteri2 ku.. amanah dari Mu di muka bumi ini.. Aku ibu.. aku  yakin, dengan janji-MU.. malah aku redha atas segala ketetapanMu..

untuk peniup semangat ayah..

Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

0 comments:

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea