Sunday, January 29, 2012

2012 Gunung Datuk

Posted by erinnaza at 1/29/2012 12:47:00 AM

Gunung Datuk / Datok

Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Ketinggian: 711 meter (2,332 kaki)
Ibu tak berapa nak sihat sehari 2 ni.. psstt (penyakit org perempuan la kan).. tapi Gunung Datuk punyer hal, ibu gagahkan juga la bangun seawal 5:30pg di pagi Sabtu, susukan imelda, siap2.. bertolak dari rumah jam 6.30pagi. 

Bukan ibu ngan ayah je ada, tp bewan n SIL pun join sekali. ibu mkn telor rebus 3/4 masak + segelas air susu. Loya je rasa. tapi, ibu positif sangat yang ibu akan ok bile sampai sana. 

Shopping di petronas.. air + energy bars (alhamdulillah.. the energy bars seriously worked to boost ibu nyer energy, tau). Lalu kat kawasan nama BONGEK.. hihiih kelakar. tak jauh lepas tuh kami sampai la di Hutan Lipur Gunung Datuk, di mana kami memulakan pendakian.

Loya yang dari rumah.. mmg takde harapan nak baik dengan sendiri nye. Dengan ibu sendiri tak berstamina.. jarang2 bersenam tetiba, buat sesuatu yang agak extreme mcm ni. Pergh. i tell you, it was so bad esp in the beginning of the hiking. "abg.. ayg rs nak muntah. kat mana tempat paling sesuai nak muntah?". Ayah replied: " kat sini mana ada Petronas.. ". Uwekk ibu muntah dah. Baru 40 minit. Tapi lepas muntah tuh, yang td ibu rasa bergoyang-goyang jek.. dah jd statik. hihi.. tak lama lepas tuh, giler lapar. time tuh la ibu test energy bar tuh!. alhamdulillah.. ye.. mmg ibu slow.. 3 jam baru sampai puncak. ahhaha.. tp atleast, ibu yang siput ni, berjaya juga menyahut cabaran!
Baru nak start ni.. Berseri lagi muka.. :D

Ibu and the rombongan.. 1/2 lagi dah jauh ke depan.. 


ibu dah muntah dah time ni.. tapi.. kene senyum... nnti x dpt +ve energy.. :D

Talking to ayah: "abg.. ayg nak balik.. huhuhuh"



Finally!.. I DID IT! Baru sampai puncak. lega.. terharu.. time ni rasa mcm, ya Allah, aku boleh jugak buat.. rupanya..     (sbb niat utk patah balik tuh, ibu rasa lebih 5 kali.. hihihih)

Membebaskan haba di kaki. Panas giler..!

me and hubby.. 


Ramai sgt org yang mendaki Gunung Datuk time ibu n gang mendaki.. Kumpulan tentera, Sekolah Swasta.. ermm Geng Bas Sekolah.. aik.. takde la. tapi penuh puncak Gunung yang tak seberapa besar, tuh


Kene Q tau nak naik.. So, ibu mmg xde mood nak Q-ing , lenkali jek la naik atas tuh. tunggu time org tak ramai..:D

 Ibu soh ayah je naik join kawan2 ayah untuk utk capture scenery dari atas batu. 


abg.. u, cool giler! ilebiu la..

Tengoklah kami bergambar dengan sape... psst: Malu kot, kalau ibu yang muda bertenaga ni, tak lepas nak sampai puncak gunung ni.

Otw turun, ibu dah melepek.. muka pun dah busyukk!

Kalau la ada escalator, kan best!


Tips: Sila jaga kesihatan.. amalkan gaya hidup sihat.. Kan best kalau ibu mendaki Gunung Datuk ni dengan bdan yang lebih ringan. Mesti sekejap je dah selesai.

Untuk rekod: Daki = 3 jam, Turun = 2 jam

0 comments:

 

ilebiu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea