Ibu dan ayah memang dah mula rasa sedikit sebanyak kesan nilai duit yang semakin mengecut ni. Kepala ni dok la memikir mcm mana ye.. nak ada kuasa membeli.. nak convert RM 10 jadi RM30.. dsbgnya.
Perancangan terbesar ialah untuk tambah aset. Aset tau.. bukan liabiliti.. Nota: Nak tau detail, kene tanya adik ibu sbb die belajar accounting ;P (mesti die marah sbb ibu suke bg statement mcm tuh kat die).
Contoh aset yang boleh ibu listkan kat sini ialah, tanah.. rumah (Nota: Untuk tanah dan rumah, lokasi sgt2 penting utk menentukan tanah dan rumah yang di beli betul2 di dalam kategori aset, kalau tak , 2 itu pun boleh jatuh di bawah liabiliti).. emas.. ermm kereta??? kereta tu ialah contoh terbaik liabiliti.
Ibu dan ayah, kaji byk faktor untuk membekukan duit tunai (kalau beli aset baru, duit tunai yang sebelum ini cair, boleh spend pada bila2 masa dengan boros sekali, dah jadi aset yang beku), cthnya: kemampuan menampung perbelanjaan sekarang yang terdiri dari keperluan rumah, anak2, keluarga, bibik, keperluan di tempat kerja.. dan juga keperluan berpoye2 sikit hihhii.. Ibu dan ayah rasa,, dengan gaya hidup yang sederhana, insyaAllah kami mampu menambah aset idaman. Bagi ibu, penting kot,, sbb dah 5 bulan menyewa di Bukit Mahkota ni, rasa sgt2 tak best. So ibu bulatkan cita-cita untuk beli rumah ke 2, dlm jangka masa terdekat ni.. mudah-mudahan Allah permudahkan.
Tapi kan, dalam masa yang sama, perkara-perkara kecil yang boleh meningkatkan nilai mata wang tunai ibu, ibu tetap suka nak buat. Contohnya, ibu share bisnes jual comforter murah dengan adik ibu. Menggunakan liabiliti (kereta comel ibu, ni) sebagai modal..
Car Boot Sale .. :D |
Kata orang lama: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Mengenangkan zaman kecik2 ibu dulu, setiap kali menabung lebihan belanja sekolah (bayangkan duit syiling, ya), ibu akan bygkan, ibu akan ada berbukit-bukit syiling, nanti. Masa itu, akal memang tak tercapai yang syiling tu, boleh tukar kepada duit kertas yang nipis dan nilainya sgt2 besar.. heheh
0 comments:
Post a Comment